Soalan Lazim

Apakah Program Score A?

Score A adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.

Apakah Pembelajaran Input?

Pembelajaran input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah, kelas di sekolah, kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulangkaji pelajaran dan menghafal adalah kaedah Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan kaedah pembelajaran Input dan inilah punca utama mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk cemerlang di dalam peperiksaan, anda perlukan Pembelajaran Output.


Apakah Pembelajaran Output?

Pembelajaran output adalah suatu kaedah pembelajaran yang melatih para pelajar mengeluarkan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di program Score A.

Mengapa Pelajar Memerlukan Score A?

Program Score A telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan para pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. dengan mengikuti program ini, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang dipelajari di sekolah. Score A memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.

Kenapa eReport Card Dalam Score A Penting?

eReport card merupakan satu ciri yang MESTI ADA di dalam program Score A. Ia bertujuan untuk memberi maklumat terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan anak-anak mereka dan ibu bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini membolehkan ibu bapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.

Apakah Aras Dan Mata Pelajaran Yang Terkandung Dalam Program Score A?

Semua maapelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung di dalam Program Score A ini, dan meluputi setiap peringkat persekolahan, bermula dari tahun 1 ke Tingkatan 5. Program Score A juga merangkumi semua mata pelajaranan yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.Segala perisian Program Score A ini direka secara khusus untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pelajaran, dan meliputi semua peringkat peringkat peperiksaan kerajaan dari UPSR, PMR dan SPM.


Adakah Program Score A Akan Membebankan Anak Saya?


Tidak. Program Score A ini bukanlah kaedah pengulangan seperti kaedah pembelajaran Input. Oleh itu ia tidak membebankan anak anda.

Perlukah Anak Saya Mengikuti Program Score A Jika Dia Menghadiri Kelas Tuisyen?

Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Program Score A merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.